Apa ada dengan Kedah? Kedah ni la tempat kelahiran tumpah darahku. Alor Setar bandar di mana tempat I dibesarkan. Negeri yang amat ku cintai. Bangga menjadi anak jati negeri Kedah. Kat sini i nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai apa istimewanya Negeri Kedah ni terutamanya Bandar Alor Setar. Ha..ni la peta Negeri Kedah...
Besar la jugak...kaya dan terkenal dengan julukan "Jelapang Padi Malaysia". Yang bestnya, belakang rumah family i ni pun ada sawah padi. Wah..memang best..ha, ni pic adik i tengah bersuka ria.
Tengok tu sempat lagi menangkap ikan. I pulak x boleh nak duduk diam-diam kalau menangkap ikan tu. Bosan wo...perlu ada kesabaran yang tinggi. Haha..tapi boleh ke coz asyik buat bising ja time orang lain menangkap ikan. Habis lari semua ikan...Hihi..last2 kena marah la habuannya...Time yang paling best adalah diwaktu petang..coz tak panas.
I paling suka makan bahulu. Tau x apa nyer tu? Ia sejenis kuih tradisional.Kadang2 I makan dengan air kopi..UMMMMPHHHH..ada sedap. Kalau x percaya cuba try. Kalau di Alor Setar, bahulu ni banyak jual di Pekan Rabu. WAh..best!! Bahulu panas..Tp sekarang ni di Tesco pun ada jual...tapi I lebih suka yang dijual di Pekan Rabu.
Ini lah tempatnya yang dipanggil Pekan Rabu. Mempunyai sejarah tersendiri. Nak tahu sejarahnya? I cerita sedikit sebanyak yang i tahu lah yea. Pekan Rabu ni sebenarnya bermula selepas Perang Dunia Pertama dan Tanjung Chali adalah tempat bermulanya perniagaan pasar minggu setiap hari Rabu yang diasaskan pada awal 1920an. Tetapi dipindahkan pada 1932 ke tempat sekarang ini. Kalau nak tahu, Perdana Menteri kita yang KE-4, Tun Dr. Mahathir pernah berniaga di situ.Kompleks ini juga telah dirasmikan oleh beliau pada 25 Feb 1978.
SO, TUNGGU APA LAGI..JOM KITA P PEKAN RABU SAMBIL MAKAN BAHULU..
0 comments:
Post a Comment