Percutian

Rasanya sudah lama tak merancang percutian ke mana-mana.Hati dah meronta-ronta untuk bercuti. Boleh juga merehatkan minda yang sudah keletihan bekerja. Teringin menghirup udara segar dan melihat kehijauan alam. Dapat bercuti di kala hujung minggu pun sudah cukup bagiku. Tapi, apa daya buat masa sekarang, samada keluarga mahupun teman-teman asyik sibuk dengan kehidupan masing-masing. Ini lah yang membuatkan diri ini hanya memendamkan sahaja keinginan itu.>





Pemandangan ketika matahari jatuh amat mengasyikkan. Indah sekali, teramat indah ciptaan itu. Nyaman terasa sekiranya dapat bermandi-manda di kawasan perkelahan. Hilang segala masalah dan dari segala kesibukan harian. Keputusannya, memang perlu cari masa untuk sebuah percutian.

HARUS..MESTI..WAJIB UNTUK BERCUTI!!!!!HOPE WILL HAVE A NICE TRIP:)

0 comments:

Post a Comment